Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam. Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan pada masa itu.

Pada masa lalu, Kota Kuala Muda merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia(Raiha Mohd. Saud 1981:7). Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah-ratus menarik minat pedagang dari China, India, Portugal, Belanda dan England datang ke sini.

Kota ini telah mencapai kemajuan pesat pada tahun 1786 dengan pembukaan pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih timah dari Perak terpaksa melalui pelabuhan Kuala Muda terlebih dahulu. Selain bijih timah, gading gajah, rempah-ratus dan bahan mentah lain telah diangkut dari hulu Sungai Muda, Kroh dan Siam dengan Pengangkutan air.

Pengeluaran bahan mentah ini telah menarik minat saudagar asing datang ke kawasan ini. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di situ. Dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangan di Kota tersebut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju dan sibuk. Selain daripada itu, di sepanjang sungai terdapat banyak rumah perjudian yang terang-benderang dalam cahaya lilin yang dipasang pada waktu malam. Orang-orang dari pelbagai bangsa dan keturunan boleh ditemui di sini.

Terdapat orang-orang bangsawan dari Alor Setar dan hartawan-hartawan Cina dari Pulau Pinang yang tertumpu Ke Kota Kuala Muda untuk mencuba nasib agar cepat menjadi kaya. Sesungguhnya Kota Kuala Muda seperti Monte Carlo di dunia sebelah timur(Berita Harian : 19 Julai 1989). Mungkin disebabkan oleh faktor inilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memerintah Kedah pada masa itu tertarik dan berhijrah Ke Kota Kuala Muda pada tahun 1804. Baginda telah menjadikan Kota Kuala Muda sebagai Pusat Pemerintahan yang baru(Raiha 1981:7). Baginda membawa bersama-samanya seluruh pegawai istana, ketua-ketua penasihat serta dayang-dayang. Ini telah menyebabkan penduduk kota bertambah ramai dan kawasan kediaman berkembang hingga ke tepi pantai.

Apabila Sungai Petani mula dijadikan pusat pemerintahan Daerah Kuala Muda pada tahun 1915, kejatuhan Kota mula dirasakan. Kota Kuala Muda beransur-ansur menjadi pekan mati. Pelabuhan yang dahulunya sibuk dengan berbagai tongkang, perahu dan rakit kini tidak berfungsi lagi. Dengan ini berakhirlah zaman kegemilangan Kota Kuala Muda sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan yang terkenal pada abad ke-19 dahulu.

Pada hari ini, kesan tinggalan Kota Kuala Muda masih dapat dilihat dengan jelas seperti pintu gerbang, tangga batu istana dan bekas tiang mahkamah yang terletak berdekatan dengan Masjid Kota Raja.




Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Sambutan Hari Kemerdekaan

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2017

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari pihak sekolah dan majlis diserahkan kepada pihak Pusat Internet 1Malaysia Kota Kuala Muda untuk kendalikan sambutan hari sambutan merdeka dan akhir sekali pihak sekolah menyediakan sedikit jamuan... baca selanjutnya

Digi Petrosains Robotic Challenge:Young PI1M Inventors(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2017

Program ini bertujuan bagi meningkatkan kreativiti pelajar dalam pengubahsuaian pernambahbaikan robot yang sedia ada supaya boleh di gunapakai di masa akan datang, dan juga meningkatkan... baca selanjutnya

Jamuan Raya 2017

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2017

Jamuan raya dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil,dilakukan oleh peserta dari kelas bina insan dan penduduk setempat.Jamuan dihadiri oleh penduduk setempat dan ahli pusat internet... baca selanjutnya

Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 1 - 10 Jun 2017

Pihak PI1M Kota Kuala Muda mengadakan aktiviti cuti sekolah adalah bertujuan untuk memanfaatkan cuti sepanjang minggu cuti persekolahan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak(Panduan Keselamatan Melayari Internet)
“Hari Bertemu Pelanggan Bersama Mara & Mini Rtc Tukang Jusoh”

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Program kesedaran awam keselamatan yang bertemakan klik dengan bijak ini bermatlamatkan keselamatan ,kewaspadaan dan tanggungajawab pengguna... baca selanjutnya

Aktiviti Tahunan (Gotong Royong)

Aktiviti Terkini | 14 April 2017

Bertujuan untuk membersihkan kawasan pi1m kkm dan mengeratkan silaturahim sesama ahli... baca selanjutnya

'Digi-Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik... baca selanjutnya

Study Smart

Aktiviti Terkini | 19 - 25 Mac 2017

Pihak PI1M Kota Kuala Muda mengadakan minggu study smart adalah bertujuan untuk memanfaatkan cuti pelajar sepanjang minggu cuti persekolahan... baca selanjutnya

SEMINAR KERJAYA “HALA TUJU LEPASAN SPM BERSAMA PIHAK MARA”

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Pihak PI1M Kota Kuala Muda dan pihak MARA menganjurkan program ini kerana ingin memberi pendedahan hal berkaitan... baca selanjutnya

LUKISAN BERTEMAKAN CINTAI ALAM SEKITAR

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Dengan adanya aktiviti ini, ianya dapat memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat, menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya