Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam. Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan pada masa itu.

Pada masa lalu, Kota Kuala Muda merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia(Raiha Mohd. Saud 1981:7). Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah-ratus menarik minat pedagang dari China, India, Portugal, Belanda dan England datang ke sini.

Kota ini telah mencapai kemajuan pesat pada tahun 1786 dengan pembukaan pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih timah dari Perak terpaksa melalui pelabuhan Kuala Muda terlebih dahulu. Selain bijih timah, gading gajah, rempah-ratus dan bahan mentah lain telah diangkut dari hulu Sungai Muda, Kroh dan Siam dengan Pengangkutan air.

Pengeluaran bahan mentah ini telah menarik minat saudagar asing datang ke kawasan ini. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di situ. Dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangan di Kota tersebut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju dan sibuk. Selain daripada itu, di sepanjang sungai terdapat banyak rumah perjudian yang terang-benderang dalam cahaya lilin yang dipasang pada waktu malam. Orang-orang dari pelbagai bangsa dan keturunan boleh ditemui di sini.

Terdapat orang-orang bangsawan dari Alor Setar dan hartawan-hartawan Cina dari Pulau Pinang yang tertumpu Ke Kota Kuala Muda untuk mencuba nasib agar cepat menjadi kaya. Sesungguhnya Kota Kuala Muda seperti Monte Carlo di dunia sebelah timur(Berita Harian : 19 Julai 1989). Mungkin disebabkan oleh faktor inilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memerintah Kedah pada masa itu tertarik dan berhijrah Ke Kota Kuala Muda pada tahun 1804. Baginda telah menjadikan Kota Kuala Muda sebagai Pusat Pemerintahan yang baru(Raiha 1981:7). Baginda membawa bersama-samanya seluruh pegawai istana, ketua-ketua penasihat serta dayang-dayang. Ini telah menyebabkan penduduk kota bertambah ramai dan kawasan kediaman berkembang hingga ke tepi pantai.

Apabila Sungai Petani mula dijadikan pusat pemerintahan Daerah Kuala Muda pada tahun 1915, kejatuhan Kota mula dirasakan. Kota Kuala Muda beransur-ansur menjadi pekan mati. Pelabuhan yang dahulunya sibuk dengan berbagai tongkang, perahu dan rakit kini tidak berfungsi lagi. Dengan ini berakhirlah zaman kegemilangan Kota Kuala Muda sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan yang terkenal pada abad ke-19 dahulu.

Pada hari ini, kesan tinggalan Kota Kuala Muda masih dapat dilihat dengan jelas seperti pintu gerbang, tangga batu istana dan bekas tiang mahkamah yang terletak berdekatan dengan Masjid Kota Raja.




Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI “ONLINE”

19 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program dirancang dengan tujuan menarik minat kanak-kanak mengikuti “games online” berkaitan pembelajaran... baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN

1 NOVEMBER 2015 | Aktiviti Terkini

Majlis bacaan Yassin di Pusat Internet 1 Malaysia adalah salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya memupuk rasa cinta kepada ibadah dan menjalinkan ukhwah antara pihak Pusat Internet 1 Malaysia dengan penduduk setempat dan ahli PI1M... baca selanjutnya

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2015

10 OKTOBER 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti yang dijalankan Hari Sukan Negara 2015. Ia bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan ispirasi kementerian Belia dan Sukan (Kerajaan) bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan... baca selanjutnya

PROGRAM MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA SEPTEMBER 2015

06 September 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan dan sempena menyambut Hari Malaysia pada bulan September ini menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, antaranya pelbagai program dijalankan seperti tayangan video... baca selanjutnya

PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

01 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini adalah untuk menyambut dan meraikan bulan Syawal sempena Hari Raya Aidilfitri 2015. Di samping itu, untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara orang-orang kampung Sungai Emas dan Ahli Pusat Internet 1 Malaysia dengan melibatkan diri dalam bacaan yassin dan juga khatam Al-quran... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER SEMPENA BULAN RAMADHAN 1436H/2015

12 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan pelajar sekolah untuk mencari dan memaparkan maklumat yang ingin disampaikan dalam bentuk poster, menambahkan ilmu kemahiran pelajar dalam menggunakan perisian yang disediakan dan juga untuk meningkatkan penghayatan dalam bulan Ramadhan... baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

28 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Program Klik Dengan Bijak iaitu Cara Duduk Posisi Untuk Menggunakan Komputer Dan Keselamatan Diri Diluar Rumah diadakan bertujuan memberi ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak tentang cara kedudukan yang betul untuk menggunakan komputer. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahaya di sekeliling mereka... baca selanjutnya

BEAUTY WORKSHOP SKINCARE & MAKEUP CLASS

30 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Program Beauty Workshop Skincare & makeup Class diadakan bertujuan memberi peluang kepada penduduk setempat seperti suri rumah atau wanita yang bekerjaya menyertai program ini. Memberi pendedahan tentang cara-cara penjagaan mukayang betul... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya